Harga Emas: Analisis teknikal raya edition :)

Salam. Lamanye saya tak post kan analisis dalam website ni. semalam saya n family bukak pose ngn syukor, segan pulak sebab da lama tak update kan. ehehe..

Baik, sebagai menghargai jasa syukor kerana berjaya menghabiskan ikan bakar semalam, hari ini saya akan menulis sedikit berkaitan pergerakan harga emas untuk edisi raya.

Special tuh!!! 🙂

Seperti biasa, anda boleh rujuk kepada graf teknikal di bawah:

emas raya
Analisis pergerakan harga emas.

sebelum itu, jikalau anda masih lagi tertanya-tanya macam mana la nak bace graf ni, anda boleh sama ada:

1. belajar sendiri FOREX
2. cari GURU untuk belajar FOREX
3. komen sikit kat syukor, mintak die buat kelas FOREX (nanti saya yang ajar! hehe).

Jadik, pilihlah mana2 satu langkah yang anda fikirkan bijak..

ok, kita sambung. berdasarkan kepada graf di atas, saya bole membuat andaian bahawa harga emas akan NAIK. ya, tuan-tuan dan puan-puan. NAIK. banyak mana? bila? saya jawab satu-satu dulu ye..

1. Banyak mana? Harga emas hari ini, berdasarkan graf ini ialah pada usd881.88. cantik nombor tu…saya menjangkakan dia akan jatuh sikit sahaja dulu, sebelum membuat pusingan U ke atas.

2 harga yang sesuai ialah pada usd879.43 dan seterusnya ke usd861.78. Kalau harga tak melepasi kedua-dua had ini@support line ini, harga akan terus ke resistance line usd891.07 (61.8 on Fibo), seterusnya ke usd895.13, usd912.78 dan seterunya ke usd928.48. Ini di sokong oleh pergerakan MACD daily dan keupayaan STOCH untuk mengekalkan momentumnya untuk sekurang-kurangnya sehingga minggu hadapan. Selain dari itu, candle untuk WEEKLY grad juga telah menunjukkan yang ada pergerakan BULLISH dan di sokong oleh WEEKLY STOCH yang sedang menaik. heheh..pening tak???

3. bile? kalau nak ramal secara tepat tu mungkin susah tetapi pada pendapat saya by next week sekurang-kurangnya harga emas boleh mencecah ke paras usd895.13, atas sikit dari garisan 61.8. saya melihat kepada momentum positif dari WEEKLY STOCH.

jadi demikian lah sudah analisis saya. saya paham mungkin ramai yang tak begitu paham macam mana nak bace graf ni dan bagaimana graduan IT macam saya ni bole terbabas jadik pembaca graf pulak. hehe..kalau nak belajar FOREX atau sekurang-kurangnya nak tau asas untuk baca graf ini (untuk memudahkan nak tau harga emas naik ke turun), request kan syukor. Insyaallah syukor dan saya akan datang dengan solution yang baik dan mampu menyelesaikan masalah ketidakpahaman anda.

oleh itu, selamat membeli emas ye! oh ye, lupe nak bagitahu, website saya http://www.melakafx.com telah berwajah baru tapi belum di update sepenuhnya. lepas raya lah ye…TQ

 

Shufaad

p/s: buat pengetahuan anda semua, saya trade FOREX untuk hanya membayar duit kereta saya, isteri saya, rumah kami dan sedikit lauk pauk kat dapur. cukup lah……jangan tamak! eheh

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.