Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sentiasa sihat dan ceria adanya đ
Baiklah, untuk kali ini saya ingin berkongsi satu fakta menarik mengenai emas.
Salah satu daripada keistimewaan emas ialah ia berupaya mengekalkan kuasa membelinya di dalam jangka masa panjang.
Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang.
Memang mengkagumkan.
Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007” Karangan Prof. Roy W. Jastram (klik sini)
Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan:
“Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang?”
Di dalam kes ini, wang yang dimaksudkan adalah emas. Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.
Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut:
“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17”
Petikan daripada buku The Golden Constant – mukasurat 189
Gambar: Abstrak daripada kulit belakang buku.
Hasil analisis data 447 tahun diatas akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas.
Ini kerana telah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.
Bagi saya, ini adalah satu sebab yang kukuh mengapa anda perlu membeli dan menyimpan emas.
Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.
Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi.
Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada âUrwah yang bermaksud:
 â(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: âWahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.â Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: âWahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.â
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: âYa Allah, berkatilah perniagaannya.â
Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar.
Okie.. fast forward.. ke tahun 2010. Agak-agak boleh tak kita beli seekor kambing dengan 1 dinar? đ
Jawapannya.. ya, boleh!
Untuk pengetahuan anda, dengan 1 dinar emas anda masih boleh membeli seekor kambing.
Jadi disini saya akan cerita bagaimana cara membeli kambing dengan harga 1 dinar.
Baru-baru ini saya telah mengunjungi Green Acres Farm Sdn Bhd di Dengkil, Selangor.
Mereka merupakan pembekal daging kambing Boer, Farel & baka serta menawarkan perkhidmatan aqiqah, korban, pawah dan latihan.
Pemilik syarikat berkenaan ialah En. Abdullah bin Ismail.
Beliau menawarkan pembelian seekor kambing dengan harga 1 dinar sahaja.
En. Abdullah bin Ismail, pemilik Green Acres Farm Sdn. Bhd.
Beliau berkata, dengan harga 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek.
Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham.
1 Dinar untuk seekor kambing – pilihlah yang mana satu idaman hati đ
Kambing ini harganya 1 dinar sahaja.
Selain itu, dengan 1 dinar anda juga boleh membeli 2 ekor anak kambing đ
Anak kambing berusia 6-9 bulan baka jenis boer (f3 – generasi ke 3) ini akan menjadi milik anda dengan hanya 1 dinar. Jika anda berminat menternak kambing maka bolehlah membeli anak-anak kambing ini daripada Green Acres Farm Sdn. Bhd.
Harga anak kambing ini adalah 2 ekor = 1 dinar sahaja
En. Abdullah turut menawarkan pakej kambing golek dengan harga 2 dinar.
Kambing yang digunakan adalah daripada baka tempatan (boer @ kambing kampung), berumur 2 tahun dengan purata berat 30kg – 35kg. Pakej termasuk kos sembelih dan lapah, bakar golek dan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang.
Ini adalah nombor telefon En. Abdullah Ismail, jika anda berminat sila call atau sms beliau di talian 014-6666 996.
Alamat ladang adalah seperti berikut:
Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.
En. Abdullah menerima semua jenis dinar emas. Tak kiralah dinar emas Public Dinar, Dinar emas Kelantan, Dinar Emas Mariwasa, Dinar Emas Islamic Mint atau apa-apa sahaja dinar yang wujud di Malaysia nie.
Ini kerana beliau tahu dinar emas ini mempunyai piawaian berat dan ketulenan yang sama (4.25 gram emas 22k).
Jadi nilai emasnya tetap sama walaupun berbeza pengeluarnya.
So, tahniah En. Abdullah kerana menerima semua jenis dinar emas đ
Dinar Emas Public Dinar
Â
Dinar Emas Kelantan
Dinar Emas Logam Mulia
Â
Dinar Emas Islamic Mint / Dinar Muslim
Â
Selain menjual kambing pada harga 1 dinar, En. Abdullah juga menjual ayam kampung dengan harga 1 dirham.
(Dirham merujuk kepada syiling perak yang beratnya 3 gram dan ketulenannya adalah 999.9)
1400 tahun yang lalu harga seekor ayam di pasar Madinah juga adalah 1 dirham.
Jadi, jika harga seekor  ayam dibayar dengan dirham maka inflasi adalah 0%.
Dengan kata lain, emas dan perak masih mengekalkan kuasa beli yang sama sejak ribuan tahun lamanya.
Memang best.
Harga seekor ayam = 1 dirham.
1.  Selain menjadi pelaburan, emas juga adalah penyimpan nilai yang terunggul.
Ini kerana emas mampu mengekalkan kuasa beli yang sama untuk ratusan tahun,
malah boleh menjangkau ribuan tahun. Begitu juga dengan perak.
Ia turut mengekalkan kuasa membelinya.
2. Emas sangat istimewa. Sejak dahulu hingga sekarang manusia sanggup menerima
emas sebagai media pertukaran. Tokey kambing tahun 2010 pun sanggup terima.
3. Oleh yang demikian, tindakan membeli dan menyimpan emas boleh dikatakan
amat bijak terutamanya emas fizikal.
4. Jika anda belum memulakan pelaburan emas, sekarang adalah masa yang terbaik.
Anda boleh membeli emas fizikal Public Gold daripada agen yang berhampiran
dengan tempat tinggal anda (klik sini untuk melihat senarai agen Public Gold)
5. Jika anda ingin mengetahui rahsia pelaburan emas, dapatkan ebook saya
yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini)
Maklumat di dalamnya akan membolehkan anda memahami kaedah membuat
pelaburan emas di Malaysia dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.
6. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com.
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.
7. Saya mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan daripada pembaca.
Letakkan di bahagian komen dibawah sana.
8. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.
Klik ikon facebook recommend dan share kat bawah sana.
Kawan-kawan anda akan berterima kasih kepada anda.
Saya pun akan berterima kasih kepada anda.
9. Ok then, selamat membuat pelaburan emas đ
.