Seminar Menyingkap Rahsia Emas di Agrobank Kuala Terengganu (9/6/2010)

agrobankAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semua 🙂

Saya sekarang sedang bercuti kat Pulau Langkawi dan juga Taiping.

Maklumlah, rehat kejap selepas memberikan seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold di sabah dan Sarawak.

InsyaAllah pengalaman itu akan dikongsikan nanti.

Seminar celik emas di Agrobank Kuala Terengganu.

Baiklah, untuk pengetahuan anda semua, pada 9/6/2010 saya telah dijemput oleh Kelab Kakitangan Agrobank Kuala Terengganu untuk memberi satu seminar berkenaan emas.

agrobank_kuala_terengganu
Gambar: Agrobank Kuala Terengganu

Tajuknya ialah “Menyingkap Rahsia Emas”

Objektif seminar ini adalah untuk memberikan berkongsi ilmu mengenai keistimewaan emas dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia.

seminar
Gambar: Sebahagian kakitangan Agrobank Kuala Terengganu yang hadir

Isi kandungan presentation saya adalah seperti berikut:

1. Sejarah manusia dan emas
2. Keistimewaan emas
3. Sejarah kenaikan harga emas
4. Emas sebagai harta
5. Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia.

Mari kita berkongsi ilmu.

Disini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua.

Anda boleh download slide presentation saya untuk seminar ini. (format pdf).

seminar_celik_emas

adobe_pdf_icon
Klik icon PDF diatas untuk download

Jika ada lagi seminar celik emas di masa hadapan, anda boleh menghadirinya.
Mungkin ada persoalan yang ingin ditanya untuk kefahaman yang lebih.

Untuk mendapat maklumat mengenai seminar-seminar yang akan dianjurkan pada masa akan datang, anda perlu melanggan newsletter blog jutawanemas.com.

Cuma masukkan emel anda ke dalam kotak di penjuru kanan blog ini. Ianya percuma.

Tahniah dan syabas Agrobank Kuala Terengganu.

Tahniah saya ucapkan kepada Kelab Kakitangan Agrobank Kuala Terengganu kerana menganjurkan seminar yang bermanfaat ini.

Adalah menjadi harapan saya agar mereka yang menghadiri seminar ini akan memahami kepentingan emas dan memulakan simpanan emas mereka mulai sekarang 🙂

seminar_emas
Gambar: Ketika sedang memberikan presentation

Saya ada beritahu mereka “Selepas tuan-tuan dan puan-puan mendengar cerita mengenai emas, saya yakin minda tuan-tuan dan puan-puan akan berubah”

“Minda tuan-tuan dan puan-puan akan menjadi seperti ini 🙂 ” hehehehe…

 otak_emas
Gambar: Minda anda selepas seminar celik emas.

cenderamata
Gambar: Menerima cenderamata dari Hj. Razali – branch manager disaksikan oleh En. Mohd Hasnizam, setiausaha kelab kakitangan Agrobank.

makan
Gambar: Turut hadir Hj. Kamaruddin – Pengurus Negeri Agrobank Terengganu

Kesimpulan:

1. Saya berharap agar dapat berkongsi lebih banyak ilmu dengan anda di luar sana.
    Ini kerana ilmu mengenai emas adalah sangat unik dan menarik untuk diketahui.
    Gerenti akan mengubah minda anda.

2. Jika ada lagi seminar seumpama ini, anda mesti join. FREE ajer.

3. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Anda akan menjadi
    orang pertama mendapat update daripada blog ini. Ianya percuma.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas 🙂

.

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.