Pengalaman Memajak Emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank

ar_rahnu_agro_bankAssalamualaikum dan salam ceria. Apa khabar semua pembaca?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga 🙂

Ramai yang bertanya kepada saya “Selain dari Bank Rakyat, di mana lagi saya boleh menggadaikan jongkong emas dan dinar emas saya?”

Ini kerana buat masa ini Bank Rakyat menghentikan seketika penerimaan jongkong emas dan syiling emas untuk digadaikan.

Jadi jawapan saya ialah “Kita boleh gadai kat Ar-Rahnu Agrobank”

Ini kerana Agrobank merupakan salah satu alternatif bagi mereka mereka yang hendak menggadaikan jongkong emas dan dinar emas.

Baiklah, untuk kali ini saya akan bercerita pengalaman menggadaikan emas di Ar-Rahnu Agrobank.

Kenapa Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima jongkong emas dan syiling emas?

Pegawai Bank Rakyat memaklumkan bahawa faktor utama mereka menghentikan penerimaan jongkong emas ialah kerana skim-skim pelaburan emas.

Skim-skim pelaburan emas ini menggunakan kemudahan Ar-Rahnu bagi menjalankan operasi mereka.

Pergh.. hebat betul penangan skim-skim pelaburan emas nie.

Jadi, bila Ar-Rahnu Bank Rakyat dah stop, maka pembeli gold bar dan dinar emas kena cari alternatif lain.

So, paling mudah ialah Ar-Rahnu Agrobank.

agrobank_melaka
Agro Bank Jalan Hang Tuah, Melaka 

Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?

Pada 4/3/2010 saya telah menggadaikan jongkong emas dan dinar emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank Jalan Hang Tuah, Melaka:

Ia termasuk:

–  3 keping jongkong emas 20 gram Public Gold
–  sekeping Dinar Emas Public Dinar (5 Dinar)
–  sekeping Dinar Emas Public Dinar (10 dinar)

Tujuan saya menggadaikan produk-produk ini ialah:

1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk business saya
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.

Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:

1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Kad pengenalan pemajak.

20gram
Jongkong emas Public Gold 20 gram

tn_5dinar_10_Dinar
5 dinar dan 10 dinar

Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.

Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Kesemua jongkong emas dan dinar emas Public Gold mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate.

Best 🙂

5_dinar_berat
Berat 5 Dinar – tepat

10_dinar_berat
Berat 10 dinar – tepat

20gram_berat
Berat 20 gram x 3 keping – tepat

Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.

Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank.

tn_20gram_x_3pcs

Pengiraan.

Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.

Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.

Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.

Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram

Jadi, 60 gram x RM118.20  = RM7092  –> (ini adalah nilai emas)

Nilai pinjaman = 65% x RM7092
                      = RM4609.80 –> dibundarkan kepada RM4600.00

Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00

Pengiraan upah simpan.

Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu 

Margin pinjaman

Upah simpan sebulan

 50% ke bawah  RM0.50 / 100 
 50.1% sehingga 60%   RM0.60 / 100
 60.1%  sehingga 70%  RM0.75 / 100

Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:

(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14

Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14

Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.

No problem.

Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas anda?

Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.

Bagi kes saya, emas yang saya pajak di Agrobank ini telah saya tebus pada 25/3/2010 (pajakan 21 hari sahaja).

Jadi saya cuma kena bayar upah simpan sebanyak RM53.19 + RM4600 (pinjaman)

Mudah sahaja 🙂

slip_tebus_pajak
Slip bayaran untuk menebus emas yang dipajak.

.

Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.

Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:

1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.

Kesimpulan.

1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
   jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
   dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)

Ok then.. selamat membuat pelaburan emas 🙂

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com - anda akan menjadi
orang pertama mendapat update daripada blog ini. Ianya PERCUMA.
Masukkan e-mail anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
p.s.s: Jika anda masih baru dengan pelaburan emas. Anda boleh membaca
artikel di dalam blog ini ataupun membeli ebook saya yang bertajuk
"Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"(klik sini).
Ini cara terpantas untuk mendapat ilmu emas.
.
♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.