Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?
Saya doakan anda sihat sejahtera. Saya kat sini sibuk banyak.
Untuk pengetahuan anda semua saya telah dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia”.
Kertas kerja ini akan dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Tempatnya di Auditorium, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Tarikhnya pada 27 Ogos 2009. Anda dijemput hadir.
Kalau nak tahu details event nie anda boleh (klik sini).
Jika anda berminat membaca kertas kerja saya then anda boleh download kat sini:
Kertas Kerja Penuh Sedinar09 UKM – Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia (klik)
Baiklah, untuk posting kali ini saya akan menceritakan pengalaman memajak gold bar Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat.
Ini kerana saya dapati ramai orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza apabila pergi memajak gold bar Public Gold.
Jadi disini saya ingin berkongsi pengalaman saya pula.
Saya pajak pada 18/8/2009.
1. Untuk melihat samada gold Bar Public Gold diterima di Ar-Rahnu Bank Rakyat
2. Menguji berat dan ketulenan Public Gold
3. Saya perlukan modal cepat untuk rolling balik
4. Melihat samada boleh buat pinjaman Ar-Rahnu bank Rakyat sehingga RM100,000
(sebab saya dah dapat pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat RM45 900 sebelum nie)
Saya memajak 5 x 100 gram gold bar Public Gold (jumlah semua 500 gram)
5 keping Gold Bar Public Gold 100 gram yang dipajak
Sampai ajer kat Bank Rakyat saya terus tengok berapa harga emas Ar-Rahnu pada hari tersebut.
Mudah jer.. tengok kat papan elektronik. Anda boleh lihat jenis emas serta nilai gadaian pada hari tersebut dan juga rate pada hari sebelumnya.
Jenis emas dan nilai pajakan akan dipaparkan di papan elektronik.
Kemudian saya pun masuk ke dalam bilik Ar-Rahnu tersebut.
Soalan pertama saya kat pegawai Ar-Rahnu “Boleh ke saya pajak gold bar Public Gold?”
Jawapan yang diberikan “Ya, boleh. ” jawab pegawai Ar-Rahnu Bank Rakyat tersebut.
So.. pembaca semua.. Ar-Rahnu Bank Rakyat menerima gold bar Public Gold.
No problem.
Gold bar yang tidak diterima adalah daripada Etika Emas, Bestino dan Geneva. Ini kerana syarikat-syarikat ini sedang di dalam siasatan Bank Negara.
Kelima-lima gold bar tersebut diuji berat dan ketulenan menggunakan mesin Precious Metal Tester model GK300. Mesin nie memang sensitif kepada getaran dan tekanan.
Gold bar Public Gold yang ditimbang.
1 keping dapat 100.01 gram
3 keping dapat 100.00 gram
1 keping dapat 99.99 gram
So, sisihan piawai untuk timbang berat ialah 0.01 gram.
Jumlah berat kesemua gold bar ialah 500 gram.
Perfect!!
Selepas diuji, kesemua lima keping gold bar Public Gold memberikan bacaan 24K/999.9
Perfect!!
Bacaan dari mesin akan dipindahkan secara automatik kedalam sistem komputer.
Selesai ujian berat dan ketulenan, semua gold bar disimpan Ar-Rahnu.
Selepas semua proses menguji berat dan ketulenan selesai, saya diberikan surat pajak.
Ini suratnyer…
Surat pajak emas Public Gold. Klik untuk besarkan.
Jadual berat, ketulenan dan nilai marhum gold Bar Public Gold.
Hasil pajakan yang diterima:
Dengan menggadaikan 500 gram gold bar Public Gold saya telah memperolehi pinjaman sebanyak RM41 300.
Ini pengiraannya:
Nilai marhum 500 gram emas tersebut adalah RM63 540.00
Jadi pinjaman 65% pula berjumlah RM41 300.00
Upah simpan bulanan = RM480.47
Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM2882.80
1. Anda boleh memajak emas dan meminjam wang sehingga RM100,000 daripada
Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yes!!
2. Gold bar Public Gold boleh dipajak di Bank Rakyat. No problem
3. Gold bar Public Gold memang dijamin berat dan ketulenannya. Kalau kurang
0.01 gram tu boleh dikira sebagai sisihan timbang. Public Gold memberi jaminan
membeli mengikut berat seperti di dalam sijil gold bar tersebut.
4. Nilai pinjaman adalah berdasarkan kepada nilai semasa emas. Jadi, semakin
lama kita menyimpan emas, nilainya semakin naik dan nilai pinjaman Ar-Rahnu
juga semakin bertambah.
5. Emas sangat mudah ditunaikan. Proses gadai nie kurang dari setengah jam.
6. Emas fizikal adalah jauh lebih baik berbanding akaun simpan emas. Sebab anda
boleh gadaikan emas fizikal tanpa perlu menjualnya.
7. Kalau anda pergi gadai emas dan bacaan mesin kurang dari sepatutnya,
saya cadangkan anda pergi kat tempat lain. Kekadang mesin yang problem.
p/s: Jika anda berminat mendapatkan gold bar Public Gold, anda boleh membelinya daripada agen yang berhampiran tempat anda. (klik sini)
Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut disini (klik sini)
Ok then. Selamat membuat pelaburan emas.
Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.