Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria semua.
Saya disini Alhamdulillah, sihat dan ceria. Cuma sibuk banyak… macam biasa lah..
Baiklah untuk posting kali ini saya akan berkongsi cerita tentang syiling Kijang Emas yang tercalar.
Untuk pengetahuan pembaca semua, salah satu daripada emas pelaburan yang terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas.
Ini kerana Kijang Emas memiliki kelebihan berikut:
1. Spread yang rendah (3.1% – 6.7%)
2. Kualiti emas 24 karat
3. Mudah dibeli dan dijual semula di Maybank (cawangan tertentu)
4. Boleh digadaikan
Walaupun Kijang Emas merupakan salah satu daripada emas pelaburan terbaik, namun jika anda tersalah langkah maka ia akan menjadi pelaburan emas yang merugikan.
Anda akan rugi jika syiling Kijang Emas anda calar dan bengkok.
Ini kerana jika calar atau bengkok maka Maybank tidak akan membeli kembali syiling Kijang Emas anda.
Antara faktor-faktor yang boleh mencalarkan syiling Kijang Emas:
1. Ketika proses pajak di Ar-Rahnu.
2. Terjatuh
3. Tergesel
Proses menguji emas di Ar-Rahnu boleh mencalarkan Kijang Emas anda.
Tips bagi mengelakkan syiling Kijang Emas anda calar:
1. Kalau boleh elakkan dari gadai di Ar-Rahnu. Ini kerana proses menguji ketulenan
emas boleh mencalarkan Kijang Emas anda kerana sepit yang digunakan
diperbuat daripada besi. Kalau terpaksa gadai juga, maka pesan kepada pegawai
Ar-Rahnu bank supaya berhati-hati ketika menyepit syiling Kijang Emas anda.
(jangan sepit kuat-kuat, jangan goncang kuat-kuat)
2. Elakkan daripada membuka Kijang Emas daripada sarungnya. Ini boleh
mengurangkan risiko Kijang Emas bengkok apabila terjatuh.
3. Sekiranya Syiling Kijang Emas anda tidak mempunyai sarung, maka belilah
sarung plastik khas (baca sini)
Kat sini saya ingin menunjukkan 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.
Walaupun calarnya sedikit tetapi Maybank tidak mahu membeli semula syiling Kijang Emas ini.
Sedih betul.. tapi apa nak buat… nasib ler…
Ini adalah 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.
Mari tengok gambar close-up setiap satu (klik gambar untuk besarkan)
Kijang Emas yang tercalar #1
Kijang Emas yang tercalar #2
Kijang Emas yang tercalar #3
Kijang emas yang sumbing.
Ini adalah gambar Kijang Emas yang sumbing akibat terjatuh.
Sedih betul.
Maybank reject syiling Kijang Emas nie… so tak dapat lah nak jual balik.
Kesimpulannya:
1. Kijang Emas adalah salah salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia.
Namun ia cuma sesuai jika anda boleh menyimpannya elok-elok dan tak mahu
menggadaikannya di Ar-Rahnu.
2. Jika anda pelabur yang menggunakan khidmat Ar-Rahnu maka Kijang Emas
tidak sesuai. Lebih baik anda membeli gold bar Public Gold. Peace of mind
Ini kerana gold bar Public Gold boleh dijual semula walaupun calar, bengkok
dan sumbing asalkan berat tetap sama. Public Gold gerenti beli balik.
3. Jika anda mahu membuat keuntungan menggunakan teknik pajak dan beli
emas fizikal (baca sini) , saya cadangkan anda elakkan Kijang Emas.
Lebih baik gunakan gold bar Public Gold (klik sini).
Jika anda ada sebarang pengalaman berkenaan Kijang Emas yang calar dan tak boleh jual balik ataupun hilang resit ataupun cerita-cerita yang sewaktu dengannya, apa kata anda berkongsi pengalaman anda kat sini.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas.
p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.