Kisah Kijang Emas Yang Tercalar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria semua.
Saya disini Alhamdulillah, sihat dan ceria. Cuma sibuk banyak… macam biasa lah..
Baiklah untuk posting kali ini saya akan berkongsi cerita tentang syiling Kijang Emas yang tercalar.
Untuk pengetahuan pembaca semua, salah satu daripada emas pelaburan yang terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas.
Ini kerana Kijang Emas memiliki kelebihan berikut:
1. Spread yang rendah (3.1% – 6.7%)
2. Kualiti emas 24 karat
3. Mudah dibeli dan dijual semula di Maybank (cawangan tertentu)
4. Boleh digadaikan
Walaupun Kijang Emas merupakan salah satu daripada emas pelaburan terbaik, namun jika anda tersalah langkah maka ia akan menjadi pelaburan emas yang merugikan.
Anda akan rugi jika syiling Kijang Emas anda calar dan bengkok.
Ini kerana jika calar atau bengkok maka Maybank tidak akan membeli kembali syiling Kijang Emas anda.
Antara faktor-faktor yang boleh mencalarkan syiling Kijang Emas:
1. Ketika proses pajak di Ar-Rahnu.
2. Terjatuh
3. Tergesel

Proses menguji emas di Ar-Rahnu boleh mencalarkan Kijang Emas anda.
Tips bagi mengelakkan syiling Kijang Emas anda calar:
1. Kalau boleh elakkan dari gadai di Ar-Rahnu. Ini kerana proses menguji ketulenan
emas boleh mencalarkan Kijang Emas anda kerana sepit yang digunakan
diperbuat daripada besi. Kalau terpaksa gadai juga, maka pesan kepada pegawai
Ar-Rahnu bank supaya berhati-hati ketika menyepit syiling Kijang Emas anda.
(jangan sepit kuat-kuat, jangan goncang kuat-kuat)
2. Elakkan daripada membuka Kijang Emas daripada sarungnya. Ini boleh
mengurangkan risiko Kijang Emas bengkok apabila terjatuh.
3. Sekiranya Syiling Kijang Emas anda tidak mempunyai sarung, maka belilah
sarung plastik khas (baca sini)
Kisah Kijang Emas yang tercalar.
Kat sini saya ingin menunjukkan 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.
Walaupun calarnya sedikit tetapi Maybank tidak mahu membeli semula syiling Kijang Emas ini.
Sedih betul.. tapi apa nak buat… nasib ler…

Ini adalah 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.
Mari tengok gambar close-up setiap satu (klik gambar untuk besarkan)
Kijang Emas yang tercalar #1
Kijang Emas yang tercalar #2
Kijang Emas yang tercalar #3
Kijang emas yang sumbing.
Ini adalah gambar Kijang Emas yang sumbing akibat terjatuh.
Sedih betul.
Maybank reject syiling Kijang Emas nie… so tak dapat lah nak jual balik.

Kesimpulannya:
1. Kijang Emas adalah salah salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia.
Namun ia cuma sesuai jika anda boleh menyimpannya elok-elok dan tak mahu
menggadaikannya di Ar-Rahnu.
2. Jika anda pelabur yang menggunakan khidmat Ar-Rahnu maka Kijang Emas
tidak sesuai. Lebih baik anda membeli gold bar Public Gold. Peace of mind
Ini kerana gold bar Public Gold boleh dijual semula walaupun calar, bengkok
dan sumbing asalkan berat tetap sama. Public Gold gerenti beli balik.
3. Jika anda mahu membuat keuntungan menggunakan teknik pajak dan beli
emas fizikal (baca sini) , saya cadangkan anda elakkan Kijang Emas.
Lebih baik gunakan gold bar Public Gold (klik sini).
Jika anda ada sebarang pengalaman berkenaan Kijang Emas yang calar dan tak boleh jual balik ataupun hilang resit ataupun cerita-cerita yang sewaktu dengannya, apa kata anda berkongsi pengalaman anda kat sini.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas.
p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.






Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

39 Responses to “Kisah Kijang Emas Yang Tercalar”
By naem on Jul 13, 2009 | Reply
salam en syukor..
saya baru je praktikkan teknik pajak ni..hoho..1st time pi pajak emas kat bank rakyat.
tanya macam2 gak tadi kat staf bank rakyat jln tangsi.
ttg penyepit tu, haah…memang betul le..
Yang best :
1) nilai emas ( marhun ) kat bank ni lebih mahal dari nilai kat public gold
Yang x best :
1) emas 50gram PG tu cuma 49.96 grm je..mungkin faktor2 lain2 yang menyebabkan jd mcm tu
2) kualiti emas cuma emas 950 ( 22.8 k ) bukannya 999.99 ( 24k )..jadi nilai emas tu kurang skit.
Si staff tu tanya saya ttg cover plastik. Saya cakap sj2 buang. Memang dikira use gold je le..Anyway, mujur PG ni offer gerenti beli balik. Kalau tak , tentu jadi mcm kes admin dgn kijang ni…ye tak?
reply: Tahniahlah naem sbb dah dapat ilmu baru. Ilmu mengAr-Rahnukan emas
Well, saya rasa timbang bank Rakyat tu kurang tepat. Paling baik sekali ialah gi test kat Ar-Rahnu lain utk dapatkan second opinion.
Pasal cover plastik tu memang tak penting pon. PG gerenti beli balik walaupun takder cover.
By olass on Jul 13, 2009 | Reply
klu nk tgk emas hari beli dn hari jual je, blh la lyn kijang emas..klu jenis suka gomo2 emas lepas beli, blh lyn PG..utk sy, ada dua2 pun layannn…
reply: ya betul.. layan ajer..
By hatikemas on Jul 13, 2009 | Reply
naem,
kalo betul berat emas 50g xsampai 50g then ,kena ambil tindakan. perhaps,bole try timbang 4-5 tempat. then kalo mmg xsmpai 50g gak..something wrong somewhere. kena jaga2 gak..menipu dlm meniaga ni kdg2 mendarah daging dah bagi sesetengah org..
reply: Betul tu.. timbang dulu banyak2 kali.
By naem on Jul 13, 2009 | Reply
tempoh hari ada baca artikel dan komen pembaca ttg misclculation dan timbangan ni.. so far, saya mmg takde advance knowledge dlm bidang tersebut..
jadi, saya terima je la.
cuma utk ms depan, maybe sy akan fokus beli emas yg kecik2 je kot…20gram tu pun ok..hoho
By pokli (019-3516478) on Jul 14, 2009 | Reply
Salam
Terima kasih sbb kongsi cerita….kalau shukor tak buat kitaorang ni tak tahu……nasib baik sifuu dah alami sendiri
apa yang cuba En Shukor sampaikan adalah…jangan beli Kijang Emas maybank …ada duit belilah…mmmm….belilah Public Gold…….kan syukor????
…..
so…kalau emas public gold bengkok ker….kemek ker….tersepit ker…..kitaorang ni akan beli balikkkk….sapa kitaorang tu….AGEN2 Public gold seluruh Malaysia nih…….mcm POKLI / SHUKOR…..kan? apa susah..kitaorang ni dah Master Dealer….:)
so…..payah2 nak beli Emas Public Gold dgn Pokli ……atau agen2 pokli
termasuk tuan tanah sekali…hehehehhe
http://www.pokli77.blogspot.com
http://www.emaspokli.blogspot.com
019-3516478
By pokli (019-3516478) on Jul 14, 2009 | Reply
naem beli emas 50g aritu pun dgn Pokli…..hehhehehe
By suasa on Jul 14, 2009 | Reply
salam admin…..
kalau dah Maybank tak mahu terima akibat dari tercalar….rasanya ….mungkin ada syarikat dan orang perseorangan yang mahu beli atau terima kan…(.) . kalau tidak leburkankan ajer jadikan jongkong atau sebagainya…. rasanya emasnya masih emas (24 k) 999.9 kan dan beratnya pun tidak kurang…..any idea…..bleh kongsi….???
reply: Sebenarnya Public Gold membeli emas terpakai. so boleh jual kijang emas nie. walaupun maybank tak nak, tapi public gold nak..
By jojet on Jul 14, 2009 | Reply
salam en syukor,
emas kijang ni buleh bwk ke kedai emas biasa ke utk ditempa jadi gelang/rantai etc? saya punya pun tertakik skit.. berlaga ngan cincin..
reply: Erm.. memang ada tempat yang boleh tempa gelang n rantai tapi kos mungkin tinggi. so better jual balik kat used gold atau public gold. tengok lah sapa yang amik pada harga yang lebih tinggi.
By Dziauddin on Jul 14, 2009 | Reply
Salam En. Syukor,
Public gold tak nak beli Kijang Emas ke?
reply: Ya, diorang memang beli. Boleh jual kat public gold
By Iyyad on Jul 15, 2009 | Reply
PG beli kijang ke… PG beli kijang dari pembeli ikut harga mana? sy nk jual kijang ni.. admin tolong jawab
reply: Ya, public gold beli emas. diorang tolak 5% dibawah harga belian public gold.
By entah on Jul 16, 2009 | Reply
Salam,
Kalau tak boleh jual (Maybank tak nak beli) kita boleh pajakkan kat Ar Rahn. Tapi cukup 6 bulan boleh suruh diorang jualkan (contoh tak nak bayar 65% tu) Balance Ar Rahn bagi balik yek…
By faizan on Jul 19, 2009 | Reply
Sensitif betul emas 22k macam Kijang Emas ni. Mudah benar tercalar dan bengkok. Tambah menyusahkan bila Maybank hanya terima balik emas yang masih mint condition.
Mujur juga Public Gold accept emas PG walaupun bengkok, tercalar atau kemik.
Thumbs up untuk Public Gold.
By taufik on Jul 19, 2009 | Reply
faizan.. pembetulan ye..
kijang emas ni 24k bukan 22k
By tarmizi on Jul 22, 2009 | Reply
Morale of the story nya ialah:-
1. Walaupun emas takdak susutnilai, kena berhati2 dgn beratnya. Perkara perbezaan berat memang biasa berlaku. Satu perbuatan yg tidak bertanggungjawab tak kira siapa wa aima PG pun.
2. Aik mcmana kualiti nya hanya emas 950 bukannya 999.99. Ini pun nak kena check, mungkin disengajakan utk mengaut keuntungan.
3. Klu ada kijang emas yg tercalar, so tak payah jual lah, pakai gadai je.
4. Pasal janji boleh beli balik ni nak kena berhati2, selagi syarikat masih ada bolehlah war-warkan. Nanti bila takda, gigitlah jari. US giant pun boleh muflis.
5. Cadangan pajak kat Ar-Rahnu, lepas tu tak payah bayar then suruh bank jualkan, ini adalah cadangan yang pendek akal. Bukan bank jualkan namanya, itu dah kena lelong. Mungkin lebihan hasil lelongan itu boleh cover pinjaman kita, tapi ia akan dilelong di bawah nilai emas sebenar, itu kan rugi namanya.
p.s terkenang zaman mendulang emas di lubuk mandi.
By nusk on Jul 22, 2009 | Reply
Salam en.syukor,
saya pun lalui pengalaman yg sama, public gold bar 20gm saya pajak di ar-rahnu bank rakyat, dan ketulenan emas dinilai 22.80K(950), cmane pulak masa beli tu dapat sijil pengesahan emas 24K(999)?
dan lagi satu, saya nak pajak 1 dinar(public dinar), dan penilaian dorang bukan emas 916 spt yg disahkan pada sijil masa sy beli dianr tsbut. Sy jg ingin kongsi info yg 1dinar(4.25gm)(public dinar),tak blh di pajak di ar-rahnu bnk rakyat,sbb ketumpatan nye tak mencapai piawaian yg bnk rakyat tetapkan. Lepas tu sy pegi kat ar-rahnu yapiem,dorang terima.
Cuma boleh tak komen tentang tahap ketulenan emas public gold & public dinar tu? TKasih….
By NizamJB on Jul 23, 2009 | Reply
Alamak! Baru ingat nak jadik agen PG.. lemah semangat klu camni!
Harap en. syukor dpt bagi komen ttg ketulenan emas PG nie..tq
By Juki on Jul 23, 2009 | Reply
Salam,
Emas PG tu rasanya memang tulen sebab ade certnya, yang tak pandainya Bank Rakyat!! sebab menurunkan nilainya.. biasalah bank, penakut.! Yang pegawai penilai tu pun satu, apasal gi nilai dibawah gred sedangkan emas tu 916 ? Bukankah tindakan merendahkan gred atau mutu emas merugikan bank? Sebab ? Upah simpankan dikira atas nilai marhun? so lagi tinggi grednya lagi tinggi la upah simpannya. Amende la pegawai tu? mesti pompuan tu..
Kepada para pelabur, perkara ni kira bagus jugalah kerana upah simpan sudah kira murah daripada harga asal – serupa macam diskaun tu beb. nanti harga naik, pegi tebus, lepas tu jual balik kat PG, kan untung.
Kepada yang nak gadai dan dapatkan cash – sikit jelah dapat duit dek kerana pegawai bank yang x tau la nak cakap camno – cuma kurang cerdik je kot
Eh, eh lupa pulak tu Bank Rakyat mana eh?
reply: Kekadang ini adalah kelemahan mesin timbang BR. So pegawai dia pun terpaksa ikut ajer apa yang tertera kat mesin. So far emas PG memang takder masalah. Kalau mesin takder problem memang akan dapat 999.9
By entah on Jul 24, 2009 | Reply
apesal jual kijang bengkok dan kijang calar ikut Ar Rahn dan suruh diorang lelong tu boleh kira macam pendek akal? Berapa banyak kita boleh rugi?
Kalau Maybank/ PG pon dah tak terima, ko nak buat macam mana? nak makan emas tu cicah kuah kari pon tak boleh…
Memang la kalau kijang tu cantik molek tak payah la buat macam tu jual Kat Maybank atau orang pon diorang terima…ni cuma untuk kijang yang dah calar atau bengkok
Dari rugi terus baik rugi sikit..
hehhehe…
By naem on Jul 25, 2009 | Reply
salam…
en syukor…saya dah update calculation tentang Cara NAK UNTUNG dengan teknik pajak emas ni. Minta komen sikit .
Ini artikel saya
http://www.ppcpercuma.com/blog/2009/07/24/teknik-gadai-emas-merugikan-jika/
By ade on Jul 25, 2009 | Reply
a’kum…kwn2 semua,saya ADE dr. k.k sabah,,,pengalaman saya pajak emas di salah satu cwgn.bank rakyat sekitar k.k…saya pajak Public Gold Bar 20g(999.9),tp. dlm.resit yg.bank rakyat bg.tu ketulinan Public Gold Bar 20g tu cuma 22.80k(950) saja. Saya tanya semula dgn pegawai bank tu,dia kata…”MESIN mereka hanya MAMPU mengukur ketulinan emas sehingga ke tahap maksimum 22.80k(950) saja…utk memastikan ketulinan emas sehingga 999.9, UJIAN KIMIA perlu di lakukan”…di harap kita dpt.berkongsi pengalaman… apa2 pun Public Gold bar memang susah di perolehi di sabah, saya terpaksa beralih kpd Gold Bar BUNGA RAYA dr.Poh Kong cwgn k.k.lengkap dgn.RESIT PEMBELIAN.Emas yg sya beli dr.ejen Publik Gold di sabah
TIDAK ADA RESIT PEMBELIAN…Bank Rakyat HAMPIR TIDAK MENERIMA emas saya…
reply: Terima kasih kerana berkongsi pengalaman saudara. Sedih tul mendengar bank rakyat KK tak boleh ukur 24k.
Pasal resit tu.. agen boleh keluarkan resit sendiri.
By khairul on Jul 25, 2009 | Reply
“Masalah mesin hanya mampu mengukur setakat 950″…saya rasa ragu-ragu dengan statement tu…sbb saya pernah temankan kawan buat di BR Kuala Terengganu juga untuk PG 20g…pegawai bank tu test 3 hingga 4 kali baru dapat bacaan sebenar, bukan sekali buat jer…kalau BR Caw Gong Badak tu…pegawai dia sorang jer…dia test pun hanya dapat 950 tuu pasal kami ke Caw K.Trg…dapat lah 24K (999)…beza harga banyak tuh…semua nya atas pegawai bank tuu, tapi kalau kita bertegas tak nak proceed 950 tuu takpe…kita kena rajin dengan pergi ke caw lain dan itu pilihan kita…
reply: hehehe.. pengalaman yang sangat menarik. kekadang tu mesin yang problem menyebabkan ukuran tak tepat. so kita kena dapatkan second opinion. lagipun itu emas kita dan itu hak kita
By khairul on Jul 25, 2009 | Reply
satu lagi…tertinggal tadi…tentang resit pembelian tu, kenapa tak mintak masa kita beli dengan ejen PG tu? Dia boleh keluarkan resit pembelian sekiranya kita minta…kalau tak…memang dia tak bagi, itu masalah kecik
By emir on Jul 26, 2009 | Reply
salam…
tanya sket, kalau takde resit pembelian takleh pajak ke?
camana dgn gold bar yg saya beli dari kawan…memang takde resit
la. Camana nak g pajak nh….pleaseee bg pendapat Tuan2
reply: Cuba tanya BR dulu.. ada yang ok.. ada yang tak nak terima.
By khairul on Jul 26, 2009 | Reply
w’salam…yg lepas2…normally BR nak resit pembelian bagi gold wafers and bullion laa…kalo barang kemas tak payah resit…sy nasihatkan dapat kan resit dari kawan…tak rugi simpan resit dan sebagai bukti pembelian gold bar tersebut dari kawan in future nak pegi ArRahnu pun takde masalah.
reply: Ya, betul tu..simpan resit elok elok utk kegunaan di masa hadapan.
By emir on Jul 26, 2009 | Reply
terima kasih Khairul…
beli dgn orang perseorangan camana nk dpt resit yek.
rasanya BR akan iktiraf resit kedai emas je kot..
hari isnin kena call BR la nampaknya
cari penyelesaian…
reply: Minta balik resit yang dia beli dulu la.. kalau takder cakap kat BR yang resit takder.
By hasnan on Jul 28, 2009 | Reply
En. Syukor,
Selain PG jenis aper lagi yg ader keluarkan emas 50g?
Thanks.
reply: PAMP Suisse lady fortuna ada dalam bentuk 50g
By hamzah on Aug 8, 2009 | Reply
Assalamu alaikum
En. Syukor, first saya ingin mengucap terima kasih kerana menyediakan website yang sungguh informative ini.
Saya cuma nak tahu sekiranya Maybank tidak mahu terima coin kijang emas 1 oz yang tercalar, apa beza harganya kalau kita jual coin tu kat public gold?
reply: Public gold akan beli emas pada harga 5% dibawah harga belian public gold. sila refer http://www.publicgold.com.my untuk mengetahui harga belian.
By chenoi on Aug 10, 2009 | Reply
emmm… nape br tak bole check emas 24K?? maaf ye…mane yg benar br punye statement ke..PG nye…?
reply: Bukan BR tak boleh check, tapi mesin diorang problem. So sepatutnya diorang tukar mesin baru.
By chenoi on Aug 11, 2009 | Reply
salam…saya ingat dalam mingg nie nak mulakan investment…tgk pada analisis saya yg tak pandai nie..rege emas nampknye menrun sedikit….
pada pendapat tn….akan turun lag ke…atau say beli terus…
terima kasih atas penjelasan tn…
reply:Tips untuk beli emas. Beli ketika ada duit. tak perlu tunggu harga.
By pink_peanut on Aug 14, 2009 | Reply
salam..mmg lah br tak dapat nak dapat ketepatan 24K sbb nilai emas yang dipajak tu lagi mahal dari harga mesin uji emas mereka sekitar rm3 k to 4k…heheheh
reply: Haah, betul tu. mesin timbang bank rakyat nie biasa-biasa ajer..
By pink_peanut on Aug 14, 2009 | Reply
en admin..masih simpan lg gambar ar-rahnu tu ya…bagus2
reply: Haah.. banyak gambar yang ada salam simpanan.
By azmanor on Aug 14, 2009 | Reply
rasenya PG hanya menerima @ membeli balik GB @ GC diaorang shj .Lain2 emas mungkin trime tp mb bukan dgn harga yg dipaparkan…
reply: PG beli apa-apa saja emas, tapi diorang tolak sekitar 5% daripada harga belian PG
By Abgzan on Aug 21, 2009 | Reply
Salaam,
Saya blom lagi mengalami masalah emas yg tercalar….
tetapi, yang saya pernah alami dgn Maybank ni, adalah masalah “EMAS YANG HABIS” di Maybank…..time tu, dlm bulan Novmber 2008, ketika harga emas turun di bawah takuk RM80 sgram, atau harga antarabangsa turun ke paras USD680 per ounce….saya call seluruh Maybank yg jual di Selangor ni, semuanya habis…aduhai, tensen lak….(entah betul entah tidak, ada beberapa org yg habaq, bukan abis,tapi bank takmo jual, sbb takut rugi, wallahu’alam)….
Sampai lah 2 minggu saya call setiap hari berturut2, asek2 takde stok….
anyway, nak melabur dlm emas ni bagus, tapi pelaburan lain juga ada yg bagusnya….saya ada menceburi pelbagai jenis pelaburan….juga saya sisipkan kisah suka duka saya dalam pelaburan saya ada ceritakan dalam blog saya yang merangkumi pelbagai jenis pelaburan, daripada hartanah, emas, stock market, unit trust, forex sampailah kepada home renovation ….
kalau u all rajin, lawatilah blogku:
http://kakilabur.blogspot.com
Wassalaam
By fauzan on Sep 6, 2009 | Reply
sy nak tanya bila kita dah jual emas pd harga naik lepas tu dapat untungkan. tapi utk rolling duit tu beli emas balik, emas pada ms tu dah naik harga jd kita kena tambh duit guna keuntungan td. tolong jelaskan sifu.
reply: Well, kalau dah jual maka dah untung RM. kita tak perlu lagi beli emas semula pada harga tinggi. Kan ker dah untung sebab dapat duit banyak. Kenapa perlu beli semula emas pada harga tinggi. Itu akan merugikan. Tunggu harga emas jatuh balik ler..
By kongsi on Sep 7, 2009 | Reply
awak kena tggu harganya rendahla baru boleh buat untung lagi.
kalau awak beli dgn harga masa tu jgk mn nk dpt untungnye, rugi adalah sbb hrga kita jual dgn harga kita beli lbh tinggi dari jual…
By fauzan on Sep 8, 2009 | Reply
kalau kita beli emas kat agen p.gold, ada kena cas penghantaran ke? sebab saya macam ada terbaca benda tu. Klu ada makna bila nak beli kena + la cas penghantaran ngan harga jualkan.
By jali on Oct 13, 2009 | Reply
assalamu’alaikum.Bermula 17 sep 09,spread untuk kijang emas telah naik ke 5% lebih dan sama dengan yang lain.jadi x perlu berebut untuk beli kijang emas ni.Harga belian baru nak naik.Tahun 2009 kenaikan tinggi pada bulan Feb,Mac dan Sep.Bulan Okt mungkin akan naik sebelum turun pada hujung tahun.Bagaimana pendapat saudara?
By e_0ne on Oct 14, 2009 | Reply
mane lebih untung utk beli emas ni??dinar kelantan@kijang@kedai emas??
beli utk simpan dan jual dalam 2 3 bln…
sy masih baru lg..mintak pandangan…
By e_0ne on Oct 14, 2009 | Reply
opss lupa..
peratus yg mane paling kurang potong bile kita nk jual balik?