Lagi Kisah Penipuan Skim Pelaburan Emas
Nota admin: Training untuk agen-agen Public Gold akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad 27/3/2010 & 28/3/2010 jam 10 pagi di PG Sunway outlet. Agen PG yang berminat sila SMS saya untuk booking tempat (klik sini untuk maklumat lanjut) ________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akhbar Harian Metro hari ini memaparkan kisah skim pelaburan emas di Kuala Lumpur yang telah menipu 130 orang mangsa.
Saya sedih melihat riak muka mereka di dalam gambar di bawah sana.
Ada yang marah.. ada yang termenung…

Gambar: Pelabur yang menjadi mangsa skim pelaburan emas.
Jadi untuk artikel ini, saya akan membuat analisa apa sebenarnya yang berlaku.
Kita juga boleh belajar daripada kesilapan yang mereka.
Modus operasi syarikat.
Modus operasi syarikat sangat mudah.
Mereka menjual jongkong emas pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran (RM150/gram)
Namun pelabur tertarik untuk melabur kerana bagi setiap 100 gram yang dibeli, mereka dijanjikan pulangan tetap RM300 sebulan selama 8 bulan. Syarikat memberikan jaminan akan memulangkan modal mereka setelah tamat kontrak.
Malangnya, sebelum tamat kontrak syarikat ini telah menghadapi masalah aliran tunai yang tidak mencukupi.
Anda boleh baca keseluruhan kisah tersebut di dalam keratan akhbar dibawah:

Apa yang berlaku selepas itu?
Syarikat tersebut hanya mampu membayar pulangan untuk beberapa bulan awal.
Selepas itu syarikat dah tak boleh bayar. Alasan yang diberikan ialah aliran tunai yang tidak mencukupi.
Jadi timbul persoalan kat sini.. takkan sebuah syarikat yang berniaga emas boleh menghadapi masalah aliran tunai??
Bukankah syarikat yang buat skim pelaburan emas nie sepatutnya kaya raya?
Analisa saya.
Berdasarkan pengalaman saya, syarikat yang membuat skim seumpama ini menjalankan skim ponzi (klik sini)
Mereka menggunakan wang daripada pelabur baru untuk membayar pelabur yang lama. Apabila bilangan pelabur baru berkurangan maka syarikat akan kekeringan dana untuk membayar pelabur yang sedia ada.
Akhirnya keseluruhan skim pelaburan akan runtuh.
Kesannya, ramai yang takut dan was-was bila mendengar perkataan pelaburan emas.
Sedangkan pelaburan emas adalah paling selamat, menguntungkan dan meyakinkan.
Sedikit pengiraan.
Dengan menjanjikan pulangan RM300 sebulan selama 8 bulan syarikat ini terpaksa memperuntukkan sekurang-kurangnya RM312 000 untuk belanja faedah sahaja (andaian 130 orang invest 100 gram).
Ini tak termasuk kos-kos tetap yang lain seperti sewa, elektrik, gaji pekerja, untung syarikat, kos belian dan penyimpanan emas dan lain-lain lagi.
Ini akan memberikan tekanan yang besar kepada syarikat untuk membayar pelabur. Sebab itulah syarikat skim pelaburan emas tidak boleh bertahan lama.
Kesimpulan.
Saya pernah menulis tentang pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.
Anda boleh baca kat sini:
1. Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas
2. Kajian kes Etika Emas Estet Sdn Bhd. Kenapa pelabur mengalami kerugian.
3. Pelaburan emas yang betul vs. skim pelaburan emas
Saya berharap perkongsian ilmu di dalam blog ini akan memberikan panduan yang terbaik bagi mereka yang ingin membuat pelaburan emas.
Elakkan menyertai skim-skim pelaburan emas.
p.s: Jika anda ingin mendapat ilmu pelaburan emas dengan cepat,
sila dapatkan ebook saya "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"
klik sini (klik)
p.p.s: Jadilah orang pertama mendapat update daripada blog ini.
Langgan newsletter jutawanemas.com sekarang. Ianya PERCUMA.
Masukkan emel anda di dalam kotak di penjuru kanan blog ini.
p.p.p.s: Jika anda ingin membeli jongkong emas/dinar emas
Public Gold, sila dapatkan daripada agen berhampiran (klik sini)
.

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

8 Responses to “Lagi Kisah Penipuan Skim Pelaburan Emas”
By dinsblog on Mar 23, 2010 | Reply
tu la dia…bila dah terkena marahkan org lain…bila kena tegur jgn melabur dalam skim cepat kaya ..marah…cakap kita ni dengki…sekrang apa jadi?
By Hasbullah Pit on Mar 23, 2010 | Reply
Bank juga yang untung bila orang meminjam untuk melabur
By baboon laut on Mar 23, 2010 | Reply
salam………………….
yea… jadi orang first komen…. yahuu……
tngok artikel kat atas.. kesian tengok pelabur-pelabur tu..
ternyata rakyat malaysia terutama melayu ni tak serik2… dalam gambar kat dalam paper tu… sumer melayu… adoyai… kesian…
ni la akibatnye terlalu percaya kat skim skim ni….
dah la harga mahal dari kedai…
modal hangus….
say no to skim..
wassalam
By aman on Mar 25, 2010 | Reply
Nie la masalah orang kita.
Duit nak cepat, nak banyak. keja nak kurang.
Orang dapat duit, terus simpan. KIta belum dapat duit dah caj kad kredit.
Orang melabur guna duit simpanan, kita melebur guna pinjaman.
Orang melabur kat perniagaan, kita melebur kat skim macam nie
Bila tegur, mak aiiii…bukan main melenting lagi.”duit aku, aku punya pasal la……”
Bila ekonomi mesia, orang lain yang pegang pastu kita kena tindas, kita marah plak.
Apa la nasib anak bangsa kita nanti, kalu kita tak ubah sikap sampai sekarang……
Kalu nasib bangsa dah jadik macam kat negara jiran, masa tue dah tak guna…….
haiiii…..labu…labu….
reply: Terima kasih atas nasihat dan pandangan sedara. Semoga orang kita lebih celik dan berilmu. dengan ilmu kita akan senang.. InsyaAllah
By KakMaz on Mar 27, 2010 | Reply
Artikel nilah yang prospek2 saya dok mention. Yang sedihnya, depa ingat ni kerja agen public gold. Kena pi perbetol anggapan salah mereka ni.
By Duit Puaka on Apr 2, 2010 | Reply
“Tiada Jalan Pintas Untuk Jadi Kaya” tapi ” Jalan Pintas nak Papa kedana Banyak”….
renung-renung kan lah…wahai …bangsaku melayu
By mariam on Jun 15, 2010 | Reply
saya ada dgr skim pelaburan emas di johor, melabur rm1000 dapat rm1 juta, yang saya tak puas hati adik sendiri masuk, saya dah tegur, suruh baca website en syukor dulu, melenting terus kata jgn campur urusan keluarga adik, sedih hati saya, saya dgr terbaru ne adik nak dpt 2 biji keta cabutan bertuah kerana melabur emas rm14 ribu.
inilah orang melayu kita, dgr cakap orang, nasihat kakak sendiri tak nak dengar, saya masih tunggu dan lihat, bulan april adik masuk. ada sesiapa tahu pelaburan emas apa?
puas saya tanya, smpi saya nak report polis sbb adik paksa saya masuk. adik tak nak btahu syarikat apa?
reply: Saya sendiri tak pasti pasal syarikat ini. Kalau ada sesiapa kat sana yang tahu, sila kongsikan disini.
By AZMANOR72 on Aug 7, 2010 | Reply
saudari mariam ….
if adik saudari xnak bg tahu syarikat apa yg terlibat so x payah la masuk & xyahla sampai report polis ok……